Perkara Yang Perlu
Perkara yang Perlu Di Pertimbangkan Sebelum Mendapatkan Suggie.
Jika anda pernah pergi ke sebuah kedai peliharaan atau sebuah zoo dan melihat Sugar Glider,dan anda mungkin akan jatuh cinta dengan makhluk kecil yang comel dan menarik ini. Walaupun banyak bidang kuasa undang-undang di setengah negara yang melarang untuk kita membeli atau menjual haiwan kecil yang manis ini, ramai orang yang masih mencari cara-cara untuk membeli mereka sebagai haiwan kesayangan. Realitinya anda perlu membuat penyelidikan dan menjadi generasi yang berilmu sebelum membeli Suger Glider sebagai haiwan kesayangan dan, jika anda serius untuk membeli, anda benar-benar harus mempertimbangkan semua usaha-usha yang perlu dikekalkan apabila memiliki haiwan Marsupial yang comel ini.
Permakanan Sugar Glider
Salah satu aspek yang paling sukar dijaga adalah pemberian permakanan seimbangan yang sempurna kepada Sugar Glider ini. Tidak seperti anjing dan kucing, anda tidak boleh hanya pergi ke kedai dan mengambil beg makanan sugar glider untuk haiwan kesayangan anda.Tambah lagi Sugar Glider tidak boleh hidup lama dengan hanya memakan pallet sahaja.Mereka memerlukan satu diet yang sangat rumit yang termasuk lipas, chengkrik dan ulat. (Walau bagaimana pun sekarang ini ada banyak makanan seimbang yang sedia ada dipasaran).
Tempat Tinggal Sugar Glider
Secara semula jadi, Sugar Glider tinggal di puncak pokok dan kerap meluncur pada jarak yang jauh pada waktu malam dalam usaha untuk mencari makan. Oleh itu, mereka perlu mempunyai sangkar yang lebih besar berbanding makhluk lain saiz mereka, seperti gerbil, hamsters dan ferrets. Malah, Sugar Glider perlu sangkar yang lebih besar dan tinggi (sebaiknya: 3’ tinggi, 2’ lebar) seperti kandang burung kecil yang membolehkan mereka untuk bergerak dan meluncur bebas.
Bau Sugar Glider
Walaupun mereka cari comel dan manis, Sugar Glider juga boleh mengeluarkan bau terutama yang jantan. Ini adalah kerana mereka mempunyai kelenjar khas yang membenarkan mereka untuk mengeluarkan bau bagi dihantar kepasangannya dan untuk menandakan wilayah mereka. Walaupun bau tidak sekuat haiwan lain dengan kelenjar-kelenjar ini seperti ferrets dan skunks, ia boleh merengsakan jika tidak biasa. Di samping itu, mereka menandakan sangkar mereka dengan air kencing secara kerap, yang bermaksud sangkar mereka boleh bertabda dan berbau tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja.(tetapi pengalaman saya sendiri Sugar Glider adalah haiwan comel yag berseh dan tidak busuk)
Sugar Glider juga agak berkecah sedikit dengan makanan mereka dan juga dengan air kencing dan serta najis (boleh dielakkan dengan ada dapor makanan untuk mereka. Malah, ia bukan sesuatu yang luar biasa daripada mereka untuk bermain dan berlari di samping membuang air kecil atau besar.Mereka juga akan membuang sisa makanan keluar sangkar dan juga membuang air kecil dan besar semasa dipeggang. (Walau bagaimana pun Sugar Glider yang saya ada tidak akan membuang air kecil atau besar semasa dalam pouch walau pun lebih 2 jam didalamnya.)
Bunyi Sugar Glider
Di samping bau, sugar glider juga haiwan yang bising. Oleh kerana mereka adalah haiwan waktu malam, semua bunyi yang mereka lakukan boleh benar-benar mendatangkan masalah apabila anda cuba untuk tidur. Bukan hanya bergerak dan bermain agak kerap pada waktu malam, mereka juga akan mengeluarkan bunyi desiran dan juga bunyi menyalak.
Walaupun Sugar Glider boleh menjadi haiwan peliharaan yang hebat seseorang itu harus lah bersedia dan bersabar jika mahu memeliharanya kerana ramai juga telah putus asa dan terus menghantarnya kerumah lindungan haiwan atau menawarkannya untuk dipelihara oleh orang lain. Oleh itu, pastikan anda sudah betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab sebelum memiliki haiwan kecil comel ini.
Artikal ini saya terjemahkan daripada email oleh Joel Ashton, tetapi sebahagian nya saya sendiri tidak bersetuju sangat kerana selain daripada permakanan seimbang bagi Sugar Glider ini yang lainnya sudah pun diatasi oleh saya sendiri. Dan saya pasti otai2 pemilik Sugar Glider seperti Hun juga Bunny banyak memberi tunjuk ajar perkara2 yang remeh telH dipermudahkan. Thanks to HUN and BUNNY…
Perkara Yang Perlu
Perkara yang Perlu Di Pertimbangkan Sebelum Mendapatkan Suggie.
Jika anda pernah pergi ke sebuah kedai peliharaan atau sebuah zoo dan melihat Sugar Glider,dan anda mungkin akan jatuh cinta dengan makhluk kecil yang comel dan menarik ini. Walaupun banyak bidang kuasa undang-undang di setengah negara yang melarang untuk kita membeli atau menjual haiwan kecil yang manis ini, ramai orang yang masih mencari cara-cara untuk membeli mereka sebagai haiwan kesayangan. Realitinya anda perlu membuat penyelidikan dan menjadi generasi yang berilmu sebelum membeli Suger Glider sebagai haiwan kesayangan dan, jika anda serius untuk membeli, anda benar-benar harus mempertimbangkan semua usaha-usha yang perlu dikekalkan apabila memiliki haiwan Marsupial yang comel ini.
Permakanan Sugar Glider
Salah satu aspek yang paling sukar dijaga adalah pemberian permakanan seimbangan yang sempurna kepada Sugar Glider ini. Tidak seperti anjing dan kucing, anda tidak boleh hanya pergi ke kedai dan mengambil beg makanan sugar glider untuk haiwan kesayangan anda.Tambah lagi Sugar Glider tidak boleh hidup lama dengan hanya memakan pallet sahaja.Mereka memerlukan satu diet yang sangat rumit yang termasuk lipas, chengkrik dan ulat. (Walau bagaimana pun sekarang ini ada banyak makanan seimbang yang sedia ada dipasaran).
Tempat Tinggal Sugar Glider
Secara semula jadi, Sugar Glider tinggal di puncak pokok dan kerap meluncur
pada jarak yang jauh pada waktu malam dalam usaha untuk mencari makan.
Oleh itu, mereka perlu mempunyai sangkar yang lebih besar berbanding makhluk lain saiz mereka, seperti gerbil, hamsters dan ferrets. Malah, Sugar Glider perlu sangkar yang lebih besar dan tinggi (sebaiknya: 3’ tinggi, 2’ lebar) seperti kandang burung kecil yang membolehkan mereka untuk bergerak dan meluncur bebas.
Bau Sugar Glider
Walaupun mereka cari comel dan manis, Sugar Glider juga boleh
mengeluarkan bau terutama yang jantan. Ini adalah kerana mereka mempunyai kelenjar khas yang membenarkan mereka untuk mengeluarkan bau bagi dihantar kepasangannya dan untuk menandakan wilayah mereka. Walaupun bau tidak sekuat haiwan lain dengan kelenjar-kelenjar ini seperti ferrets dan skunks, ia boleh merengsakan jika tidak biasa. Di samping itu, mereka menandakan sangkar mereka dengan air kencing secara kerap, yang bermaksud sangkar mereka boleh bertabda dan berbau tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja.(tetapi pengalaman saya sendiri Sugar Glider adalah haiwan comel yag berseh dan tidak busuk)
Sugar Glider juga agak berkecah sedikit dengan makanan mereka dan juga dengan
air kencing dan serta najis (boleh dielakkan dengan ada dapor makanan untuk mereka. Malah, ia bukan sesuatu yang luar biasa daripada mereka untuk bermain dan berlari di samping membuang air kecil atau besar.Mereka juga akan membuang sisa makanan keluar sangkar dan juga membuang air kecil dan besar semasa dipeggang. (Walau bagaimana pun Sugar Glider yang saya ada tidak akan membuang air kecil atau besar semasa dalam pouch walau pun lebih 2 jam didalamnya.)
Bunyi Sugar Glider
Di samping bau, sugar glider juga haiwan yang bising. Oleh kerana mereka adalah haiwan waktu malam, semua bunyi yang mereka lakukan boleh benar-benar mendatangkan masalah apabila anda cuba untuk tidur. Bukan hanya bergerak dan bermain agak kerap pada waktu malam, mereka juga akan mengeluarkan bunyi desiran dan juga bunyi menyalak.
Walaupun Sugar Glider boleh menjadi haiwan peliharaan yang hebat seseorang itu harus lah bersedia dan bersabar jika mahu memeliharanya kerana ramai juga telah putus asa dan terus menghantarnya kerumah lindungan haiwan atau menawarkannya untuk dipelihara oleh orang lain. Oleh itu, pastikan anda sudah betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab sebelum memiliki haiwan kecil comel ini.
Artikal ini saya terjemahkan daripada email oleh Joel Ashton, tetapi sebahagian nya saya sendiri tidak bersetuju sangat kerana selain daripada permakanan seimbang bagi Sugar Glider ini yang lainnya sudah pun diatasi oleh saya sendiri. Dan saya pasti otai2 pemilik Sugar Glider seperti Hun juga Bunny banyak memberi tunjuk ajar perkara2 yang remeh telH dipermudahkan. Thanks to HUN and BUNNY…
No comments:
Post a Comment