Thursday, 28 June 2012

Permakanan (Nutrition)

Salam kpd semua…
Seperti yang  telah di janjikan..

Apakah itu :-
1.      Nutrition (nutrisi)
2.      Supplements(tambahan)
3.      Treats (Jajan/makanan ringan)


1.      Nutrition (Nutrisi):
Nutrition adalah keperluan harian bagi ketumbusaran semua kehidupan, Ianya adalah termasuk Protein, Calcium, Carbohydrate, Iron, minerals serta vitamin2 yang di perlukan termasuk omega  3 & 5. Ianya amat diperlukan oleh tubuh badan dalam proses tumbesaran serta metabolism badan setiap kehidupan.  Dalam segi haiwan comel ini HPW/BML atau Slurp serta recipe2 lain yang di sarankan oleh mereka2 yang arif tentang SG ini sejak dari dulu lagi. Ini adalah amat perlu melainkan jika kita boleh pasti SG2 dapat nutrisi seimbang dari apa jua yang kita berikan sebagai diet meraka harian.

2.      Suppliment (tambahan):
Ini pula adalah makanan tambahan mengikut keperluan metabolism badan setiap haiwan itu.. sebagai contoh… Jika banyak tenaga yang keluar maka banyak lah jumlah tenaga diperlukan iaitu sumber protein, begitu juga jika bagi rangsangan untuk pembiakan protein amat di perlukan selain calcium. Ini juga termasuk lain keperluan tambahan mengikut kehendak semasa.
Makanan tambahan adalah diperlukan sekiranya didapati haiwan itu memerlukannya. Jika tidak cukuplah setakat membekalkan diet yang seimbang nutrisinya seperti di atas.

3.      Treats (jajan/makanan ringan)
Ini pula adalah hanya makanan yang di beri bagi mengupah atau hadiah pd SG dalam proses pertalian hubungan (bonding) dan latihan proses penjinakan.. dalam ertikata lain (imbuhan/rasuah) maaf kerana mengunakan perkataan ini. Jika diberi atau tidak adalah tidak mustahak… atau ianya hanya harus..

Dengan ini saya harap ini dapatlah member kesefahaman perihal perlu atau tidak HPW/BML/Nectar dan SLURP untuk diberikan sebagai permakanan harian SG2 kesayangan anda semua.. Jika anda bertanya saya apakah yang saya pilih untuk SG saya.. saya jawab semuanya.. kerana saya ada HPW, BML, Nectar dan juga Slurp.. dimana saya beri mereka makan selang seli setiap hari disamping buah2an dan sayur2an, dengan adanya bekalan nutrisi yang cukup dari HPW/BML/NECTAR/SLURP saya tak akan bimbang jika SG saya tidak mahu makan makanan2 lain kerana saya pasti mereka telah mendapat makanan seimbang… 

No comments:

Post a Comment