Lebeh Banyak SGliders Solo Mendapat Teman.
Kami menerima lebih banyak pendapat dan message dari penjaga SGliders baru yang mendapat satu SGliders tunggal dan kemudian mula sedar bahawa menjaga SGliders sebagai binatang peliharaan solo bukan satu idea yang baik. Saya berfikiran bahawa orang-orang akan meluangkan masa untuk belajar dan mendidik sendiri tentang pembelaan, penjagaan dan penternakan SGliders yang betul. Dengan adanya komunikasi diantara penjaga penternak mengambil kedudukan yang bertanggungjawab tentang kepentingan kehidupan semulajadi SGliders, ia telah memberi impak yang positif.
Namun maseh adalagi keadaan yang kurang memuaskan, kerana masih terdapat ramai pembekal/penjual yang menjual SGliders tunggal kepada pemilik baru. Walaupun saya merasa sukacitanya bahawa mesej telah sampai secara lebih luas sekarang, tapi maseh banyak kerja yang masih perlu dilakukan. Saya menggesa semua pencinta SGliders untuk memberitahu kepada sesiapa, dengan menggalakkan mereka menjual SGliders dengan berpasang atau lebeh bagi melakukan sekurang-kurangnya ini satu perkara berperikemanusiaan. Kerana, SGliders adalah haiwan berkoloni dan berhak untuk hidup dengan jenis mereka sendiri.
Walaupun kita hanya bercakap tentang haiwan ini yang boleh memasuki ke dalam hubungan dengan spesies lain namun ianya bukan habitat atau naluri mereka secara semula jadi, ini adalah ekstrem, situasi luar biasa. SGliders yang berkehidupan tanpa lain gula glider adalah mendapat peluang yang sangat tipis untuk merasa bahaagia. Terima kasih kepada anda semua pemilik/penjaga baru SGliders yang telah melakukan apa yang anda boleh dengan seberapa segera yang anda boleh untuk dapatkan buddy SGliders baru anda. Anda telah melakukan satu perkara yang besar untuk membantu SGliders mendapat kehidupan yang lebih panjang dan sihat!
No comments:
Post a Comment